RainRose

UsaH difiKiRkan Esok hari

JAWAB Februari 20, 2008

Difailkan di bawah: Karya Rainrose — rainroses @ 8:38 am

Bulan
Mengapa begitu?

Bulan
Mengapa bermenung seorang diri?

Bulan
Mengapa kau sembunyi?
Mengapa kau suram Bulan….
Bulan jawablah bulan
Bulan…bulan jawablah….

Sunyi. Sepi.
Menyelubungi pekat malam
Tiada siapa yang tahu
Tiada siapa yang mengerti

Bintang cuba menerangi
Bintang cuba membangkit
Bintangkan cuba menyedarkan
Semua tapi….
Semua buat bodoh

Bintang geram
Bintang sakit hati
Bintang cuba lagi
Memujuk dan mengelilingi bulan
Namun bulan,
Tetap membisu
Apa bulan sedang fikirkan?
Bintang dah habis daya
Untuk ikhtiar
Sayang,
bulan juga
Seperti semua
Diam dan membisu
Pekak dan tuli.
Apa yang diajukan padanya
Apa yang dikatakan padanya
Semua diterima dengan
Satu anggukan
Apa semua ini?
Bintang tak faham…
Bintang bingung
Jawablah soalan bintang…
Jawablah….

5 JANUARI 2007 [11.24 P.M.]

 

TOKOH KESAYANGAN Februari 14, 2008

Difailkan di bawah: TOKOH — rainroses @ 4:24 am

A. SAMAD SAID. Dulu Sasterawan Negara tetapi kini mantan sasterawan. Lebih mesra digelar Pak Samad. Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka pada 9 April 1935.

Pak Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Beliau mendapat pendidikan sehingga memperoleh Sijil Senior Cambridge (1956).

Beliau merupakan seorang insan (lagi…)

 

HADIAH DARI NEGARA [SASTERAWAN] Januari 25, 2008

Difailkan di bawah: Artikel — rainroses @ 3:47 am

Sasterawan Negara. Satu gelaran yang terlalu besar bagi Epa. Satu gelaran yang terlalu agung untuk Epa. Sasterawan Negara satu pangkat yang amat Epa hormati. Dan satu anugerah yang Epa idam-damkan. Cuma kini… (lagi…)

 

SAMPAN KERTAS CINTA Januari 21, 2008

Difailkan di bawah: Karya Rainrose — rainroses @ 3:43 am

Jatuh cinta pada kertas
Pada sampan tautan hati
Ingin bicara pada angin
Hanya akan berlalu pergi
Ingin cerita pada bulan
Hanya akan bazir tenaga
Harus bagaimana lagi?
Pada siapa ku katakan
Pada siapa akan ku khabarkan
Derita hati menanggung rindu
Pada gerangan sang pembikin
Sampan kertas

26 OKTOBER 2006 [3:18 P.M.]

 

REMAJAKU Januari 21, 2008

Difailkan di bawah: Karya Rainrose — rainroses @ 3:42 am

Kau remajaku sayang
Usah kau terbang jauh
Melayari duniamu
Meninggalkan diriku
Tanpa kasihan
Tanpa simpati
Tanpa hati perut.
Remajaku yang kukasihi
Kita bertemu hanya sekali
Carilah apa yang kau inginkan
Semasa remajaku
Bawalah aku ke alam surgamu.

26 OKTOBER 2007 [2:59 P.M.]

 

DIARI KASIH Januari 21, 2008

Difailkan di bawah: Karya Rainrose — rainroses @ 3:38 am

Kasih
Hari-hari yang kau lalui
Kau coretkan
Di diari kasih

Kasih
Kenangan-kenangan semalam
Kau ukirkan
Di diari kasih

Kasih
Impian yang kita bina
Suatu saat dahulu
Kau lukiskan
Di diari kasih

Nyanyian kelmarin
Kau titipkan
Buat yang terakhir kalinya
Mungkin tiada lagi
Coretan hari-harimu
Ukiran kenanganmu
Lukisan impianmu
Dan nyanyianmu
Buat kasihmu lagi
Dalam diari kasih

2 JANUARI 2007 SELASA [12:12 A.M.]

 

ILMU BARU Januari 21, 2008

Difailkan di bawah: Mutiara Kata — rainroses @ 3:28 am

‘Menyimpan Rahsia Adalah Satu Amalan Yang Tidak Baik Untuk Diri Kerana Ia Akan Memakan Diri Sendiri.’
Diperolehi Dari Pembacaan Novel ‘PERCIKAN’ karya ZAKARIA ALI

Epa : so… jangan jadikan amalan menyimpan rahsia… tak baik untuk masa depan.Wawawawa….

 

KATA CHiNTA Januari 17, 2008

Difailkan di bawah: Mutiara Kata — rainroses @ 7:07 am

“Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan, Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.”
- BUYA HAMKA

 

SENYUM PADA MIMPI Januari 16, 2008

Difailkan di bawah: Karya Rainrose — rainroses @ 6:53 am

Larut pagi
Si dara nyenyak bobok
Bertilam empuk
Berteman kokok.
Mimpi si anak dara
Bersua teruna
Idaman segala.
Teruna hilang
Tatkala si dara
Masih mencari.
Hening subuh
Si dara jaga
Menguntum senyum
Senyum pada mimpi.

12:07 pm 26 oktober 2007

 

KERANA BULAN Januari 16, 2008

Difailkan di bawah: Karya Rainrose — rainroses @ 6:51 am

Putih
Berseri
Bersinar
Cahaya
Indah
Menakjubkan.

Demi bulan
Aku berikan.

11:58 am 26 oktober 2007