RainRose

UsaH difiKiRkan Esok hari

KATA CHiNTA 2 Februari 25, 2008

Filed under: Mutiara Kata — rainroses @ 7:12 am

Hidup umpama tidur dan cinta itulah mimpinya. – MUSST

 

HARAPAN

Filed under: Karya Rainrose — rainroses @ 6:57 am

Sedalam cintaku
Pada kekasih
Dalam lagi cintaku kepada
Tuhanku.

Jangan kau tersalah duga
Setinggi hormatku
Pada kekasih
Tinggi lagi hormatku kepada
Tuhanku.

Jangan kau menuding telunjuk
Kerana kau hanya dicipta untuk aku
Bukan kau yang mencipta aku.

Jangan kau tersalah tafsir
Cintaku bukan semata untukmu
Cintaku terbahagi sembilan
Cintaku bukan satu.

Jangan kau berharap
Kau ditempat pertama.

 

JAWAB Februari 20, 2008

Filed under: Karya Rainrose — rainroses @ 8:38 am

Bulan
Mengapa begitu?

Bulan
Mengapa bermenung seorang diri?

Bulan
Mengapa kau sembunyi?
Mengapa kau suram Bulan….
Bulan jawablah bulan
Bulan…bulan jawablah….

Sunyi. Sepi.
Menyelubungi pekat malam
Tiada siapa yang tahu
Tiada siapa yang mengerti

Bintang cuba menerangi
Bintang cuba membangkit
Bintangkan cuba menyedarkan
Semua tapi….
Semua buat bodoh

Bintang geram
Bintang sakit hati
Bintang cuba lagi
Memujuk dan mengelilingi bulan
Namun bulan,
Tetap membisu
Apa bulan sedang fikirkan?
Bintang dah habis daya
Untuk ikhtiar
Sayang,
bulan juga
Seperti semua
Diam dan membisu
Pekak dan tuli.
Apa yang diajukan padanya
Apa yang dikatakan padanya
Semua diterima dengan
Satu anggukan
Apa semua ini?
Bintang tak faham…
Bintang bingung
Jawablah soalan bintang…
Jawablah….

5 JANUARI 2007 [11.24 P.M.]

 

TOKOH KESAYANGAN Februari 14, 2008

Filed under: TOKOH — rainroses @ 4:24 am

A. SAMAD SAID. Dulu Sasterawan Negara tetapi kini mantan sasterawan. Lebih mesra digelar Pak Samad. Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka pada 9 April 1935.

Pak Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Beliau mendapat pendidikan sehingga memperoleh Sijil Senior Cambridge (1956).

Beliau merupakan seorang insan (more…)