RainRose

UsaH difiKiRkan Esok hari

Koran Yang Membosankan November 14, 2008

Filed under: Artikel — rainroses @ 2:23 pm

Ada apa sama koran? Bosan dan tiada pembaharuan di dalamnya. Balik-balik isu politik, isu bunuh-membunuh, rompak-merompak, dan isu rakyat yang sentiasa malang. Sampai kapan mahu begitu? Koran… Koran… apalah malangnya nasibmu.

Semak dada bila membacanya pada waktu pagi. Bisa mendatangkan emosi yang kurang enak sebelum melakukan kerja.

Pagi-pagi dibeli orang tengah malam baru dibaca. Kalau dibaca pada waktu pagi juga, akibatnya si pembaca tidak dapat menumpukan perhatiannya pada kerja-kerja yang bakal dilakukan. Percaya atau tidak anda cubalah….


Epa ;-l memang tak suka baca koran. isu yang sama setiap hari. BOSAN!

Advertisements
 

PeSoNa sENi ASWARA November 11, 2008

Filed under: Artikel — rainroses @ 1:31 pm

Pesona Seni ASWARA – “Perjalanan Kreatif Malim Ghozali PK.”

11/11/2009 membawa satu semangat pada Epa. Semangat yang dulunya pernah hilang kerana pengaruh (more…)

 

ADIK BARU, BERITA GEMBIRA? November 10, 2008

Filed under: Artikel — rainroses @ 3:04 am

Kelmarin… Epa dapat berita dari adik kesayangan mengatakan bahawa Epa akan dapat adik baru, tapi Epa tak sedikit pun rasa gembira… Sakit hati adalah… Ya-Allah… ampunilah hamba-Mu ini…
Epa tahu berdosa besar menolak ketentuanNya, tapi apakan daya hati, perasaan ini juga dariNya…
Andai ditakdirkan panjang umur janin tu, apalah akan terjadi padanya kelak? Sedangkan kami semua sudah tidak mahu lagi menerima kedatangan orang baru dalam hidup kami yang bergelar ‘adik…’ kami ingin menanti kelahiran baru yang bergelar anak pula… Epa dah letih menjaga adik yang merangkap seratus peratus Epa jaga macam anak sendiri… Epa tak mahu dia terabai… daripada dia terabai, ada baiknya ia tak menjadi…
Walaupun Epa akan berdosa, tapi ia kenyataan yang perlu Epa harungi…
‘Inilah hakikat hidup, Epa’ kata mak cik Epa… Epa sedar, Epa tahu apa yang Epa buat sekarang tapi hati ini masih tetap dengan pendiriannya… ‘yang Epa tak mahu adik lagi!!!!!!’

Epa 😦 Diduga lagi…}}}}}}

 

Rang Minang Ibo… November 9, 2008

Filed under: Artikel — rainroses @ 12:49 pm

SAMBUTLAH SALAM KEPULANGAN KEMBALI RainRose KE TERATAKNYA…

Ampun dua puluh satu jari berserta dengan kepala, Epa minta maaf pada kalian… baru kini Epa miliki masa yang terluang untuk menulis kembali ke laman hijau kesayangan semua orang…

Waktu ini, Epa lagi terharu setelah melihat video klip Istano Basa Pagar Ruyuang yang hangus dijilat api sambil mendengar lagu hiba dari Zalmon berkenaan musibah yang melanda Istano Basa Pagar Ruyuang.

Ranapnya khazanah urang minang, maka ranap jugalah hajat Epa untuk ke sana buat kali kedua.

Tertitis mutiara dari mata melihat keranapan khazanah urang minang…

Ibo hati urang minang hanyo urang awak yang mamahaminyo… bak kato Zalmon ‘rang minang hatinyo ibo…’

Mungkin agak terlewat untuk Epa mengetahuinya tapi kesan itu amat mendalam sehingga ia memberi ruang untuk Epa titipkan di laman hijau ini setelah berapa lama Epa kesuntukkan untuk menulis cacatan apa yang akan ditinggalkan di laman ini, tapi semuanya terbuka semula setelah melihat rakaman musibah ini…

27 Febuari 2007 – Hari ibo rang minang…

Epa 😦 Ibonyo hati…