RainRose

UsaH difiKiRkan Esok hari

ADIK BARU, BERITA GEMBIRA? November 10, 2008

Filed under: Artikel — rainroses @ 3:04 am

Kelmarin… Epa dapat berita dari adik kesayangan mengatakan bahawa Epa akan dapat adik baru, tapi Epa tak sedikit pun rasa gembira… Sakit hati adalah… Ya-Allah… ampunilah hamba-Mu ini…
Epa tahu berdosa besar menolak ketentuanNya, tapi apakan daya hati, perasaan ini juga dariNya…
Andai ditakdirkan panjang umur janin tu, apalah akan terjadi padanya kelak? Sedangkan kami semua sudah tidak mahu lagi menerima kedatangan orang baru dalam hidup kami yang bergelar ‘adik…’ kami ingin menanti kelahiran baru yang bergelar anak pula… Epa dah letih menjaga adik yang merangkap seratus peratus Epa jaga macam anak sendiri… Epa tak mahu dia terabai… daripada dia terabai, ada baiknya ia tak menjadi…
Walaupun Epa akan berdosa, tapi ia kenyataan yang perlu Epa harungi…
‘Inilah hakikat hidup, Epa’ kata mak cik Epa… Epa sedar, Epa tahu apa yang Epa buat sekarang tapi hati ini masih tetap dengan pendiriannya… ‘yang Epa tak mahu adik lagi!!!!!!’

Epa 😦 Diduga lagi…}}}}}}

 

6 Responses to “ADIK BARU, BERITA GEMBIRA?”

  1. Besaqkichik Says:

    Jika ia benar terjadi, kamu harus menerimanya.

  2. rainroses Says:

    ~ kamu tak akan mengerti hati ini… ~

  3. Besaqkichik Says:

    .Baca dengan SERIUS.

    Aku memang tidak mengerti kerana itu hanya untuk diri kamu.
    Pernahkah kamu mengerti apa yang terkandung didalam diri kamu.

    Jawapannya mungkin kamu akan katakan YA tetapi sebenarnya kamu menidakkan ketentuannya yang telah ditetapkan oleh-NYA.

    Mungkin kamu takut ianya gugur, kalau gugur lagi mengapa?
    Kamu takut..

    Sebaliknya kamu harus berdoa supaya ianya tidak terjadi dan bukan mengharapkannya terjadi.

    Dan,

    Kamu harus benar-benar bersyukur kerana bukan kamu yang digugurkan. Kamu masih lagi hidup.

    Tuhan masih lagi membenarkan kamu hidup untuk melihat kehidupan di sekeliling dan itu tanggungjawab kamu.

    Hati bukan digunakan untuk memeritkan lagi diri.
    Tapi untuk mencari ketenangan.

    Kalau ia hadir Alhamdullillah
    Kalau tidak terima dengan redha.

    p/s :

    Aku tidaklah baik sangat sampai nak-nak nasihat orang nie tapi Aku harap Kamu fikir. Anak itu juga berhak untuk hidup bukan kamu sahaja. Soal hidup dan mati itu bukan kerja kita itu kerja Tuhan.

    Sebagai kawan tentunya Aku tidak ingin melihat satu nyawa itu pergi, Aku mengalu-alukan ianya datang. Kalau kamu masih dengan apa yang kamu fikirkan itu terpulang. Aku telah menlunaskan tanggungjawab Aku sebagai seorang kawan. tamat di sini.

  4. rainroses Says:

    ~ sesungguhnya akujuga tidak ingin melihat nyawa itu hilang begitu sahaja, tapi kamu tahu tak risikonya pada keluargaku nanti?

    Akusedang memikirkannya kalau ia jadi ia kemungkinan akan terabai dan penerimaan kelahirannya di dalam keluargaku akan membuatkan aku dan adik-adik yg lain tidak akan menghiraukannya lagi kerana kami semua sudah tidak mahu lagi untukmenerima kehadiran orang baru yang bergelar “ADIK.” Kami semua sudah tidak sabar untuk menerima hadirnya seorang atau lebih “ANAK.”

    Mungkin bukan dari diriku sendiri tapi sudah memadai ia bergelar anak buah.

    Dan untuk diriku sendiri, sudah ku letakkan dalam fikiran dan perasaan yang aku tidak akan menerima adik baru lagi selepas tiga kali ibuku mengalami keguguran. Cukuplah HAMAD ZAIDI yang terakhir.

    Benar kita tidak berhak melawan ketentuanNya, tapi DIA juga telah memberi aku rasa dan perasaan serta pemikiran yang sebegitu. Kalau tidak dengan izinNya, aku sendiri tidak akan berperasaan begitu.

    Aku hargai nasihat dan pandangan kamu sebagai seorang sahabat. Tapi aku tetap tidak dapat mengubah pemikiran dan pendirianku untuk menerima semua ini. Melainkan ianya dengan izin YG MAHA ESA.

  5. Ricca Says:

    Ya Allah, Epa. takkanlarr sampai macam tuh.. hm, tapi Ika paham.. Iak sendiri kagum dgn Epa yang selama ini rajin menjaga adik. tengok ajelarr pada Mamat.. Takpe Epa, mungkin ini dugaan hidup Epa. semoga Epa terus tabah..

    Kalau Epa ada masa, lawat-lawatlar blog Ika. Barujer nak belajar.. hehehe..

    Btw, Ika dapat buat praktikal kat Nilai tuh tapi Ika tinggal kat Campus Uia kat Nilai. jadi lebih dekat..

    Epa, entahlarr, rasa rindu plak kat Epa. If ada masa, leh jumpe. kat KL ker..

    Last but not least, Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Ika sekeluarga..

    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA!!

  6. rainroses Says:

    ~terima kasih kerana memahami Epa…~

    Segala-gala sudah terang di atas, Epa tak perlu jelaskan lagi… apa yang penting Epa tetap dengan pendirian Epa…


Tinggalkan Jawapan kepada rainroses Batal balasan