RainRose

UsaH difiKiRkan Esok hari

PeSoNa sENi ASWARA November 11, 2008

Filed under: Artikel — rainroses @ 1:31 pm

Pesona Seni ASWARA – “Perjalanan Kreatif Malim Ghozali PK.”

11/11/2009 membawa satu semangat pada Epa. Semangat yang dulunya pernah hilang kerana pengaruh sekeliling yang tidak terlawan, tiba kembali. Sejak wujudnya pesona seni di ASWARA, tak pernah sekali pun Epa tunjukkan muka. Tapi kali ni, Epa bersemangat untuk menghadiri majlis ini walaupun terpaksa berseorangan. Epa tak kisah. Yang penting ikut gerak hati. Alhamdulillah… gerak hati Epa tak pernah salah. Benar juga kata pensyarah Epa, hadiri majlis ilmu banyak faedahnya. Epa mendapa sesuatu yang sangat berharga yang tak mungkin Epa dapat di jalanan atau di mana-mana konsert. Penceramah yang hadir membuatkan Epa kagum apabila beliau membacakan ayat-ayat suci Al-Quran tanpa melihatnya dengan lancar berserta ertinya sekali. Pengalaman hidupnya yang membuatkan Epa lebih mengaguminya. Hamba Allah yang istimewa ini sememangnya menjadi inspirasi Epa untuk berjaya. Insya-Allah…

Epa 🙂 rasa mcm teringin pulak nak berduet dgn Malim Ghozali PK baca puisi tp apa2 pun nak dgn A. Smad Said dulu…

Advertisements