RainRose

UsaH difiKiRkan Esok hari

SELAMAT TINGGAL 2008 Januari 1, 2009

Filed under: Artikel — rainroses @ 10:40 am

Selamat tinggal Epa ucapkan pada angka 2008 yang penuh bermakna dalam hidup ini. Selama 366 hari dilalui, hari yang ke 82 dan 152 yang amat menyeksakan dalam hidup Epa. Walaupun hari itu hari yang penuh bermakna dan hari bahagia seseorang tetapi bagi Epa hari itulah yang membunuh segala rasa hormat Epa pada orang yang selama ini Epa sanjung tinggi darjatnya. Sehingga setiap mata yang memandang Epa rasakan adalah pandangan simpati pada Epa. Epa tak perlukan simpati itu semua. Tak perlu simpati jika tak berani ke hadapan. Setakat belakang dapur mengata ini dan itu, budak yang tak cukup umur pun boleh buat.
Hajat Epa untuk tahun yang berganti angka ini hanyalah satu, iaitu bukakanlah pintu hati-hati mereka yang memandang simpati pada Epa itu untuk bertanya sendiri dengan mulut mereka dan mendegar segala luahan isi hati, perasaan Epa. Barulah mereka menilai dan berhak untuk menjatuhkan Epa di dalam lurah yang mana. Jangan hanya mendengar sebelah pihak yang belum tentu ia benar atau tidak, mereka sudah pun meletakkan Epa di curam yang paling bawah dan dalam.
Sesungguhnya Epa tidak mengerti apa-apa pun dalam hal kalian bincangkan. Tiba-tiba Epa yang menjadi mangsa. Apa tidak ada kesempatan lagi untuk Epa bersuara, mengatakan sesuatu yang benar? Apa memang tidak ada lagi peluang untuk membuktikan sesuatu yang benar itu?
Epa mohon dengan kehadiran tahun yang berangka baru ini, akan mengubah segalanya. AMIN….

Advertisements
 

3 Responses to “SELAMAT TINGGAL 2008”

  1. rainroses Says:

    ~ pergilah kenangan…

  2. Illi Hzbull Says:

    semoga segala-galanya baik-baik belaka
    semoga tahun 2009 membawa lebih kegembiraan buat Epa 🙂

  3. Ika Says:

    InsyaAllah Epa.. Semoga Tahun baru akan lebih memberikan sinar gembira buatmu.. Sekadar nak beritahu, marilah sama2 kita berdoa dan membaca Al-Fatihah untuk saudara kita yang ditindas oleh Israel di Palestine. InsyaAllah, berkat doa kita semua, nasib mereka akan lebih terbela di tahun baru ini..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s