RainRose

UsaH difiKiRkan Esok hari

Maafkan epa… Ogos 1, 2008

Filed under: Karya Rainrose — rainroses @ 9:54 am

Maaf…
Hanya itu
pintaku
walau berat hati,
yang meminta
berat jantung,
yang mengharap
berat bibir,
yang mengungkap
namun kugagahi
melemparkannya
keluar dari dasar diri.

Bukan kehendak hati
Bukan kehendak diri
Untuk membiarkan
Semua ini terjadi.

Maaf…

1/08/2008 6.00 pm

Advertisements
 

HARAPAN Februari 25, 2008

Filed under: Karya Rainrose — rainroses @ 6:57 am

Sedalam cintaku
Pada kekasih
Dalam lagi cintaku kepada
Tuhanku.

Jangan kau tersalah duga
Setinggi hormatku
Pada kekasih
Tinggi lagi hormatku kepada
Tuhanku.

Jangan kau menuding telunjuk
Kerana kau hanya dicipta untuk aku
Bukan kau yang mencipta aku.

Jangan kau tersalah tafsir
Cintaku bukan semata untukmu
Cintaku terbahagi sembilan
Cintaku bukan satu.

Jangan kau berharap
Kau ditempat pertama.

 

JAWAB Februari 20, 2008

Filed under: Karya Rainrose — rainroses @ 8:38 am

Bulan
Mengapa begitu?

Bulan
Mengapa bermenung seorang diri?

Bulan
Mengapa kau sembunyi?
Mengapa kau suram Bulan….
Bulan jawablah bulan
Bulan…bulan jawablah….

Sunyi. Sepi.
Menyelubungi pekat malam
Tiada siapa yang tahu
Tiada siapa yang mengerti

Bintang cuba menerangi
Bintang cuba membangkit
Bintangkan cuba menyedarkan
Semua tapi….
Semua buat bodoh

Bintang geram
Bintang sakit hati
Bintang cuba lagi
Memujuk dan mengelilingi bulan
Namun bulan,
Tetap membisu
Apa bulan sedang fikirkan?
Bintang dah habis daya
Untuk ikhtiar
Sayang,
bulan juga
Seperti semua
Diam dan membisu
Pekak dan tuli.
Apa yang diajukan padanya
Apa yang dikatakan padanya
Semua diterima dengan
Satu anggukan
Apa semua ini?
Bintang tak faham…
Bintang bingung
Jawablah soalan bintang…
Jawablah….

5 JANUARI 2007 [11.24 P.M.]

 

SAMPAN KERTAS CINTA Januari 21, 2008

Filed under: Karya Rainrose — rainroses @ 3:43 am

Jatuh cinta pada kertas
Pada sampan tautan hati
Ingin bicara pada angin
Hanya akan berlalu pergi
Ingin cerita pada bulan
Hanya akan bazir tenaga
Harus bagaimana lagi?
Pada siapa ku katakan
Pada siapa akan ku khabarkan
Derita hati menanggung rindu
Pada gerangan sang pembikin
Sampan kertas

26 OKTOBER 2006 [3:18 P.M.]

 

REMAJAKU

Filed under: Karya Rainrose — rainroses @ 3:42 am

Kau remajaku sayang
Usah kau terbang jauh
Melayari duniamu
Meninggalkan diriku
Tanpa kasihan
Tanpa simpati
Tanpa hati perut.
Remajaku yang kukasihi
Kita bertemu hanya sekali
Carilah apa yang kau inginkan
Semasa remajaku
Bawalah aku ke alam surgamu.

26 OKTOBER 2007 [2:59 P.M.]

 

DIARI KASIH

Filed under: Karya Rainrose — rainroses @ 3:38 am

Kasih
Hari-hari yang kau lalui
Kau coretkan
Di diari kasih

Kasih
Kenangan-kenangan semalam
Kau ukirkan
Di diari kasih

Kasih
Impian yang kita bina
Suatu saat dahulu
Kau lukiskan
Di diari kasih

Nyanyian kelmarin
Kau titipkan
Buat yang terakhir kalinya
Mungkin tiada lagi
Coretan hari-harimu
Ukiran kenanganmu
Lukisan impianmu
Dan nyanyianmu
Buat kasihmu lagi
Dalam diari kasih

2 JANUARI 2007 SELASA [12:12 A.M.]

 

SENYUM PADA MIMPI Januari 16, 2008

Filed under: Karya Rainrose — rainroses @ 6:53 am

Larut pagi
Si dara nyenyak bobok
Bertilam empuk
Berteman kokok.
Mimpi si anak dara
Bersua teruna
Idaman segala.
Teruna hilang
Tatkala si dara
Masih mencari.
Hening subuh
Si dara jaga
Menguntum senyum
Senyum pada mimpi.

12:07 pm 26 oktober 2007