RainRose

UsaH difiKiRkan Esok hari

LaGi TenTanG RainRose (ii) Februari 6, 2008

Epa lagi. Ini kisah yang kedua tintaku mengukir abjad tentang diriku. Al-maklum jelah orang penting. Penting ke? Pentinglah jugak. Hahaha…

Ceritera lepas Epa bercerita tentang nama. Kali ini Epa nak bercerita tentang tanggal. Tanggal lahir. Semua orang miliki. Tapi… Epa ada kawan yang memberi karyanya ‘aku dilahirkan tanpa tarikh’. Agak pelik tapi… hah! Biarkanlah itu hak dia. Karya dia.
Epa dilahirkan pada 16 April 1986 iaitu hari Rabu sekitar jam 2.45 petang bertempat di rumah nenek yang berada di Sumatera Barat, Padang, Indonesia. Yang lebih tepat nama tempat tu adalah Cacang Tinggi. Pasti kalian tidak pernah dengar nama tempat tu. Tapi itulah hakikatnya.

Masa Epa lahir dulu, ayah Epa tak ada di samping Mak Epa untuk menyambut kelahiran yang pertama ni hanya yang ada nenek, datuk dan adik-beradik mak yang lain. Ayah dah pergi dulu ke Malaysia. Masa tu Cik Su Epa baru je berumur setahun. Nama dia hampir sama dengan nama Epa. Nama dia Eka. Mungkin sebab ni jugak Epa bernama Epa. Tapi sayang ALLAH lebih menyanyangi dia. Mak bagi tahu dia dilahirkan dalam keadaan fizikal yang lemah. Badan dia macam tak berfungsi. Dengan ikhlas dan rendah hati, kepada sesiapa yang membaca artikel ini sedekahkanlah beliau seayat Al-Fatihah. Amin…

Bila umur Epa mencecah setahun setengah barulah Epa dapat menghirup udara Malaysia. Rasa-rasa masa tu di akhir tahun 1987.Masa tu Mak datang ke tempat ayah tanpa diundang. Ini pun ada kisah sedih disebalik kedatangan yang tak diundang ini. Tapi biarlah ia menjadi rahsia kami.

Sejak itulah bermulanya kisah hidup baru, buku baru, halaman baru untuk Epa, Mak dan Ayah Epa. Kami menetap di Malaysia sebagai peniaga sate. Dan Epa dibesarkan dengan duit sate. Sehingga kini pun Epa masih membesar dan mengharap duit sate untuk menampung keperluan hidup Epa sebagai mahasiswi di Aswara.

Alhamdulillah… rezeki Tuhan tu tak berpintu. Maka lahirlah adik-adik Epa di Tanah Malaya ini. Sahlah mereka sebagai rakyat Malaysia.

Ini dulu buat kali ini. Nanti cerita lagi.

Macam sedih je kali ni…. Huhuhuhu….

Epa ; RogeR n OuT

Advertisements
 

8 Responses to “LaGi TenTanG RainRose (ii)”

  1. BeLL@NaB!La Says:

    salam kak epa…..hehe…kenal sapew kite x?…its ok klu xknal pun…hihi…tp yg pasti kichik knal akak…kichik bru thu yg EPA DYN tue kak epa upenyew…alah yg tiut miut tue…sukelah tue…haha..suke taw karya kak…menarik…semoga berjaye yew.AMIN.

  2. rainroses Says:

    wassalam… knllah sape yg x knl khichik klu org 2 knl epul. ape lg kwn rpt epul. mn leh x knl khicik… thanx coz sudi menjenguk kat laman rainroses yg x seberapa ni..

  3. Catra Says:

    assalamualaikum epa, kapan epa ke sumatera barat lagii?? sekarang sudah jadi warga negara malaysia??

  4. rainroses Says:

    wassalam…

    epa sendiri pun nggak tahu bila… tapi insya-Allah klu ada rezeki epa balik ke sana dan epa akan kabarkan pada catra.

  5. Vara Says:

    salam kenal dari Berlin… saya sudah lama cari kontak dengan orang-orang Minang di perantaun Melayu seperti di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Filipina Selatan dan Tailand Selatan…

    🙂

  6. rainroses Says:

    salam kenal ya Berlin… sy juga msh mencari orang2 minang di perantauan. mana tau 1 hari kita dapat kumpul dan bina 1 rumpun persatuan bg orang2 minang.

  7. Vara Says:

    Saya Berlin, gimana kalau saya di link blog rainroses dan rain link blog saya

    salam dari Berlin, eh Vara Jambak

    🙂

  8. rainroses Says:

    wah…bagus sangat tu… sya alu-alukan…
    makasih… Vara jambak


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s