RainRose

UsaH difiKiRkan Esok hari

RainRose Akhir… (iv) Ogos 21, 2008

Kisah yang terakhir adalah kisah cinta Epa. Kisah inilah mengubah Epa sepenuhnya untuk menjadi lebih berani dan tabah mengharungi hidup. Kisah ini juga Epa anggap sebagai kemuncak hidup Epa. Sewaktu Epa belajar di sekolah menengah, Epa dah berjanji tidak akan bercinta sebelum Epa tamat SPM. Namun, Epa hanya manusia biasa yang lagi kerdil, Epa mungkir dengan janji pada diri Epa sendiri. Epa menerima cinta seorang kaum Adam yang juga menaruh hati pada Epa semasa Epa di tingkatan 4. Kami berpasangan selama 8 bulan. Kemudian Epa merasakan dia cukup baik untuk Epa dan Epa memutuskan hubungan itu setelah Epa menerima cinta kaum Adam lain selama 2 bulan sebelum Epa memutuskannya. (jahatnya…) tak jahat. Tapi masa tu, Epa tak dapat fikir mana yang terbaik lagi. Setelah bercinta dua kali, Epa merasa muak dan bosan berdampingan dengan lelaki yang sebaya dan tiada arah masa hadapan. Masing-masing masih lagi mencari kebenaran hidup untuk masa hadapan. Akan tetapi Epa gagahi juga hati ini untuk menerima seadaanya dia.

Sayang, hubungan itu juga tidak berkekalan kerana ada sesuatu yang berlaku antara Epa dan dia dan hanya Epa sahaja yang tahu (tak apalah)… belum sempat lagi Epa untuk memutuskan hubungan itu, Epa sudah pun dilamar oleh Ajo Am (Abang Am). Waktu itu hanya tuhan saja yang tahu betapa meluatnya Epa pada kaum Adam. Hanya pandai mengambil kesempatan. Bermacam-macam alasan yang Epa berikan pada Ajo Am untuk menarik kembali kata-katanya. Namun hatinya tetap keras. Dia tetap berusaha untuk memiliki hati Epa. Dan dia sanggup untuk berada di tempat yang terakhir di sudut hati Epa. Yang penting baginya dia ada tempat. Tak kira tempat yang ke berapa sekali pun (Wah, terkejut juga Epa masa tu! Berani betul dia ni? Epa dah bagi tahu yang Epa bercinta hanya untuk main-main bukan untuk serius. Tapi dia kata tak kisah. Epa pun apa lagi kebas ajelah… dah rezeki). Epa nekad untuk memberi peluang terakhir pada diri Epa untuk mengenali spesis lelaki. Dan mungkin selepas ini Epa minta maaf, hati Epa sudah tertutup untuk semua yang bergelar kaum Adam. Dan Epa bukan beralih arah untuk mencintai kaum sejenis (tidak sama sekali).

Ajo… lelaki yang terakhir dalam senarai cinta Epa. Alhamdulillah ianya bertahan hingga ke saat ini. Walaupun kami dipisahkan oleh gunung dan lautan, Namun hati kami tetap menyatu. Sudah hampir 5 tahun dan sudah banyak halangan yang kami tempuhi bersama, bermacam-macam godaan yang kami tempis, Alhamdulillah… kami sampai di tahap ini.

Ajo adalah lelaki pertama yang Epa betul-betul cintai walaupun untuk permulaan cinta itu Epa masih ragu-ragu dan tidak percaya akan janji yang ditaburkannya pada Epa. Sesungguhnya benar cinta suci dan tulus yang datang dari hati juga tulus dan suci yang akan berkekalan. Hanya berpegang pada kunci iaitu ‘jujur’ insya-allah…

Hidup Epa kembali bersinar. Epa kembali bersemangat untuk menempuh liku-liku perjalanan hidup Epa yang masih panjang ini. Epa seperti sudah nampak masa hadapan Epa dengan dia. Walaupun hidup Ajo Am yang bersinar di seberang (Pakan Baru, Riau, Indonesia), tapi Epa tak kisah walau di mana sekali pun kita berada yang penting kita berusaha, insya-allah kita akan berjaya dan berhasil juga suatu hari nanti. Berbekal doa dan usaha Ajo Am berjaya membuka dua kedai perniagaan santannya di sana.

Suatu ketika dulu Ajo Am pernah bagi tahu Epa ‘tak cukup hanya cinta, jika tidak berduit’. Bila Epa renungkan kembali, Epa rasa kata-katanya itu ada benarnya. Kalau kita bermati-matian pertahankan cinta semata, Epa rasa memang tidak ke mana. Tak kan nak makan cinta tu saja? Betul tak? Nak hidup macam mana? Tak kan nak bagi anak dara orang makan pasir? Dari usaha dia dan kesungguhan dia memenangi hati Epa dan mencapai cita-citanya, Epa kagum dengan Ajo Am. Dengan berbekalkan semangat yang ditiup melalui angin sms dari Ajo Am, Epa cuba untuk meraih impian Epa sebagai penulis (insya-allah dan kini Epa sedang mendaki puncaknya).

Akan Epa buktikan pada mereka yang memandang rendah pada hubungan kami ini. Cinta kami bukan mainan. Cinta kami, masa depan kami. Kami pertahankan hak kami. Kami menentang bukan setakat suka-suka, kami menentang ada tujuan dan impian.

Kepada orang tua Epa, Epa minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, bukan niat Epa untuk menentang kalian tapi Epa punyai matlamat hidup Epa sendiri. Berilah ruang untuk Epa buktikannya. Perjuangan ini juga buatmu ayah dan mak… restuilah Epa. Amin….

Sekian dahulu ciretera dari Epa.

Epa 😉 Roger n Out!

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s